Thursday 16 March 2017

PERCAYA PADA DIRI


Assalamualaikum wbt.

Selalu mendengar kata pujangga 'kita tidak gagal saat kita gagal melakukan sesuatu, tetapi kita gagal saat kita tidak melakukan apa-apa'

Nampak tak perbezaan dua perkara di atas?

Jangan takut untuk menguasai sesuatu perkara yang baru. Percaya pada diri sendiri. Sentiasalah semat dalam diri kita mampu melakukannya.

Begitu juga dalam konsep berniaga. Jangan takut untuk memulakan perniagaan kerana takutkan kerugian. Mana-mana perniagaan memang ada pasang surutnya. Takkan lari dari untung dan rugi. Memang begitulah lumrah perniagaan.

Apa yang penting, Percaya pada diri sendiri!!. Semua halangan akan mudah ditempuhi jika kita benar-benar percaya pada diri sendiri.

Master saya selalu berpesan, setiap hari selepas bangun dari tidur sentiasa ucap perkataan yang positif agar getaran dan aura positif akan sampai pada kita. Dan InshaAllah sepanjang hari hanya akan ada aura positif sahaja.

Tapi jika kita mulakan hari dengan aura negatif, maka aura itu akan sampai juga pada kita. Walau serabut macammana keadaan kita pada hari tersebut, sentiasalah sebut perkataan positif supaya kita terhalang dari getaran negatif.


Salam positif dari saya,
Hayati 
(Your Trusted Health & Beauty Consultant)








Tuesday 14 March 2017

SHAKLEE | SELAMAT & BERKESAN



ADAKAH PRODUK SHAKLEE SELAMAT & BERKESAN?

Setiap kali kita hendak memilih sesuatu produk samada supplemen, produk kecantikan & sebagainya, haruslah kita sebagai pengguna menyemak terlebih dahulu kandungan produk tersebut untuk menjamin keselamatan dan keberkesananya terhadap tubuh badan kita.

Shaklee sendiri amat mementingkan keselamatan & keberkesanan bagi setiap produk yang dikeluarkan serta membelanjakan berbilion ringgit untuk menjalankan R&D bagi tujuan tersebut. Shaklee mengamalkan prinsip selamat, berkesan & semulajadi. Produk shaklee dijamin selamat kerana berasaskan bahan semulajadi yang sangat dipantau dan dijaga sumbernya. Bukan supplemen sahaja, malah Shaklee juga turut membuat kajian untuk menghasilkan botol-botol yang selamat digunakan untuk menyimpan supplemen. Hebat ke hebat shaklee nie? Begitu teliti sekali untuk memastikan setiap produk selamat dan berkesan sepanjang masa.

Kelebihan yang membezakan Shaklee dengan supplemen lain ialah Shaklee mempunyai Landmark Study. Apakah Landmark Study ni?

Landmark study ialah kajian yang telah dijalankan oleh individu luar (pihak ketiga) iaitu Dr. Gladys Block. Kajian ini telah dijalankan terhadap 3 kategori pengguna iaitu

1) Pengguna Shaklee yang telah mengamalkan Shaklee selama lebih 20 tahun
2) Pengguna supplemen lain selama lebih 20 tahun
3) Orang awam yang tidak mengambil apa-apa supplemen




Hasil kajian menunujukkan pengguna Shaklee adalah lebih sihat serta kurang berisiko mendapat penyakit-penyakit berbahaya berbanding golongan yang mengambil supplemen lain dan golongan yang langsung tidak mengambil sebarang supplemen.

Malah, kajian juga menunjukkan golongan yang mengambil supplemen lain adalah lebih berisiko mendapat penyakit jika dibandingkan dengan golongan yang tidak mengambil apa-apa supplemen. Ini terbukti melalui kajian dan bukanlah cerita rekaan.

Jika anda bukan pengguna Shaklee, mungkin anda boleh nilai sendiri dari hasil kajian di atas.

Kesimpulannya, produk Shaklee telah terbukti serta dijamin selamat, berkesan & semulajadi. 

Mahu bertukar ke Shaklee, boleh hubungi saya di talian: 017-6890244 atau emailkan kepada nurulhayatiazman@yahoo.com .


Nukilan,
Nurulhayati
(HEALTH & BEAUTY CONSULTANT)





Thursday 9 March 2017

KHASIAT VITAMIN C

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanjikan saya nak berkongsi sedikit mengenai kebaikan dan khasiat sustained-release vitamin C 

Vitamin C shaklee ini dilengkapi dengan “Sistem Sustained Release” dan juga “Citrus Bioflavonoids Complex”

Berikut merupakan antara khasiat dan kebaikan yang boleh diperolehi dari Vitamin C.




Mengapa kita memerlukan Vitamin C

  • Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi atau menyimpan Vitamin C kerana ianya akan berkurang semasa kita menjalankan aktiviti harian. Oleh itu, badan kita memerlukan penambahan Vitamin C secara berterusan
  • Untuk merangsang sel kulit yang sihat
  • Untuk merangsang pembentukan collagen
  • Membantu melindungi dari kerosakan sel akibat daripada pencemaran, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang
Kelebihan Sistem Sustained Release & Citrus Bioflavonoids

  • Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
  • SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Inginkan VITAMIN C untuk kesihatan tubuh badan anda? Hubungi kami di talian: 017-6890244 sekarang!





MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir nie kerap kali dengar sahabat-sahabat saya yang juga pesakit endometriosis.

Endometriosis atau lebih dikenalise sebagai endo adalah disebabkan oleh kitaran hormon yang tidak stabil. Oleh itu, penghidap endometriosis adalah digalakkan untuk mengawal serta menjaga pemakanan harian bagi mengelakkan endo berulang kembali.

Jadi APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PENGHIDAP ENDO?

SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Penghidap endo sangat digalakkan untuk mengambil sayuran dan juga buahan dalam kuantiti yang banyak untuk memberikan zat dan khasiat ke dalam tubuh.

MINUMAN TANPA KAFEIN

Pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh perlu dikurangkan. Ini kerana kafein boleh menghalang penyerapan Vitamin B serta akan meningkatkan paras hormon estrogen dalam badan seterusnya boleh menyebabkan endometriosis berulang semula.

MAKANAN TENUSU RENDAH LEMAK

Produk tenusu boleh meningkatkan paras estrogen. Oleh itu, penghidap disarankan untuk mengambil makanan tenusu yang rendah lemak. Ini kerana, produk tenusu mengandungi lemak tepu yang membantu meningkatkan kitaran estrogen seterusnya menyebabkan endometriosis berlaku.

ELAK MAKANAN YANG BERASASKAN SOYA

Soya merupakan salah satu makanan yang boleh mengaktifkan endo atau cyst. Penghidap perlu mengelakkan sebarang makanan yang berasaskan soya seperti tauhu, tempe, air soya dan sbg.

AMBIL MAKANAN ORGANIK ATAU PRODUK NON-GMO

Penghidap sangat digalakkan untuk mengambil makanan organik. Sumber makanan pada masa kini kurang selamat/sihat kerana telah disuntik dengan hormon dan dibaja dengan bahan kimia bagi mempercepatkan pertumbuhan dan pembesaran. Sebagai contoh, ayam yang disuntik, sayuran dan buahan yang baja dengan bahan kimia. Suntikan hormon dan juga penggunaan bahan kimia dalam makanan boleh menyebabkan toksik ke dalam badan dan memberik kesan kepada pesakit endometriosis

Oleh itu, apakah supplemen yang sesuai untuk penghidap endometriosis?

  •  b-complex - Membantu merendahkan paras estrogen
  • Vivix, Vitamin C dan Vitamin E - Bertindak sebagai antioksidan bagi menghalang radikal bebas serta boleh mengurangkan simptom endometriosis
  • GLA Complex - Membantu menyeimbangkan hormon-hormon


Semoga bermanfaat. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Cik Hayati di talian 017-6890244.

Sekian.
Coretan kasih sayang dari rakan supplemen anda :)



Wednesday 8 March 2017

SUSTAINED-RELEASE VITAMIN C


Assalamualaikum wbt

Kalau tengok dalam pasaran, kita akan nampak banyak je vitamin c yang dijual dari Brand A sampai Brand Z. Sampai nak buat pilihan pun susah kan?

Shaklee pun ada vitamin c yang mana vita-c shaklee ni sangat spesial sebab mempunyai sistem SUSTAINED-RELEASE. Apakah ia sustained release nie?

Sustained release ni merupakan satu teknologi dimana vitamin c akan dilepaskan setiap jam. Sifat vitamin c adalah mudah larut air. Jika kita mengambil jumlah vitamin c berlebihan setiap hari, vitamin c tersebut akan larut dan dilepaskan dari badan? Rugi kan..makan banyak dalam satu hari pun, tetap akan dibuang dari badan. Jadi dengan adanya sistem ini, vitamin c akan disimpan dan hanya akan dilepaskan ke dalam badan setiap jam mengikut keperluan badan kita.

Nak lagi spesialnya, sebiji vita-c shaklee menyamai dengan 7 biji buah oren uolls. Wah, wah, wah!!! Mana larat kan kita nak telan sehari 7 biji oren kan. Jadi boleh nampak tak khasiat sebiji tablet vita-c nie.hehe

Vitamin c ni murah sangat berbanding kita belanjakan duit untuk suntik-suntik vitamin. Jom, kita buat kira-kira.

Harga sebotol vita-c : RM98.00 
Sebotol vita-c: 180 biji
1 biji vita-c= RM0.54 sahaja

Jimat ke jimat? sehari kita hanya keluarkan 50sen sahaja untuk sebiji vitamin c. Tahan 6 bulan tau.

Akan datang saya share manfaat dan kebaikan vitamin c nie ye. stay tune uolls. :)

Tuesday 7 March 2017

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi nak pergi ke tempat kerja, dah terdengar ucapan-ucapan hari wanita di corong radio.

Oh, 8 Mac setiap tahun ialah hari wanita ye..

Dengan itu, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI WANITA! buat semua sahabat-sahabat perempuan saya yang saya kenali.

Semoga kita sama-sama berusaha menjadi wanita yang solehah dan marilah kita menghargai setiap insan bergelar wanita.

IBU...
GURU
DOKTOR
NURSE
KAKAK
ADIK
RAKAN SEKERJA

Buat wanita di luar sana, jom mahalkan diri bak Mutiara di lautan. 



Happy Women's Day 



Manfaat Ostematrix

Tahu tak?

Antara sebab kenapa sembelit terjadi disebabkan badan kekurangan Kalsium.

Sumber kalsium adalah dari susu. Kalau korang jenis yang susah nak minum susu atau memilih jenis susu, mesti buntu kan macam mana nak tambah kalsium?

Jangan risau, shaklee ada satu produk iaitu OSTEMATRIX

Bukan sekadar mempunyai kalsium, tetapi boleh membekalkan magnesium dan vitamin D3 untuk penyerapan yang lebih optimum.

Ostematrix berfungsi untuk:

1) Merawat Sembelit
2) Merawat cramp kaki
3) Menghalang osteoporosis
4) Menghilangkan migrain
5) Mengawal stress, mengimbangi tekanan darah
6) Meningkatkan ketumpatan tulang

Ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami masalah kekejangan kaki dan sakit gigi tu disarankan untuk ambil ostematrix.

Pertanyaan lanjut: 

HUBUNGI- Hayati (017-6890244)


Pengalaman Cyst

Assalamualaikum.

Siapa yang pernah dengar penyakit cyst? Zaman sekarang nie, cyst merupakan satu penyakit yang biasa dalam kalangan wanita.

Antara punca cyst ini adalah disebabkan pemakanan dan juga gaya hidup seseorang.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya.

Ye, betul. Saya pernah ada sejarah cyst tahun 2015.

Sebelum tahu saya ada cyst, saya memang tahu akan kewujudan penyakit ni. Sebab beberapa rakan sekerja turut mengalami perkara serupa sewaktu hamil. Mereka bernasib baik tak perlu menjalani sebarang pembedahan disebabkan cyst tersebut mengecut bila bayi dalam kandungan membesar.

Lain pula kes saya.

Saya dapat kesan akan cyst sebab perut dah rasa sakit sangat sampai ke pinggang. Duduk tak selesa, perut rasa senak dan kerap kali membuang air kecil. Mula-mula doktor sahkan saya ada 2 ketul cyst besar dan kecil (tak ingat saiz) di sebelah ovari kanan. Yang besar around 4x6 tak silap dan doktor memang nasihatkan untuk buang. Waktu tu, perasaan bercampur baur tak sangka dapat ujian sebegini sehingga perlu membuat pembedahan.

Waktu tu jugak cuba ikhtiar dengan supplement Qaseh Adinda. Pulun juga minum setiap hari untuk kecutkan semula cyst tu.

Setelah beberapa minggu pergi semula buat check-up dan alhamdulillah salah satu cyst (bersaiz kecil) dah hilang. Tinggal seketul yang besar. Saiz tetap juga tidak berkurang. Dan akhirnya, saya nekad dengan keputusan buat pembedahan untuk membuang ketulan cyst setelah saya rujuk dengan beberapa orang doktor pakar dari beberapa klinik dan hospital.

14 April 2015- Pembedahan membuang cyst. Lepas buang doktor maklumkan cyst yang dibuang tu jenis chocolate cyst. Lebih kepada endometriosis. Takutnya perasaan time tu walaupun dah buang cyst.

Dalam hati nekad juga nak pantang makanan yang boleh menyebabkan cyst atau endo nie. Beberapa minggu lepas pembedahan, jumpa semula denga doktor untuk check-up. Doktor maklumkan punca chocolate cyst adalah disebabkan kitaran haid. Dimana, apabila turun darah haid, darah yang sama akan bergumpan dan membentuk ketulan di ovari. 90% chances untuk cyst ada kalau kita period datang. Akhirnya doktor nasihatkan untuk berhentikan kitaran haid bagi tempoh 6 bulan. Maka saya ambil lucrin untuk 3 bulan sekali. Harga pun boleh tahan mahalnya. Walaupun begitu, still ada 1% cyst datang. Takpelah 90% dengan 1% banyak sangat dah tu beza.

Dalam tempoh ambil suntikan lucrin tu, memang ada kesan sampingan pada badan saya. Antaranya:
1) Sembelit tahap teruk punya.
2) Cepat rasa panas dan sejuk. Mostly badan akan cepat panas. Jadi kena sentiasa ber'aircond' walaupun di rumah. Dalam kereta pun macam tu. Cepat betul berpeluh. Kalau boleh nak full je sentiasa aircond kereta.
3) Cepat rasa penat dan lapar.

Disebabkan kesan-kesan ni lah, saya pun mula mengambil beberapa supplemen dari shaklee. Yang terbaik semestinya OSTEMATRIX.

Saya tak pernah sembelit sebelum nie, tapi sejak ambil suntikan lucrin ni memang dahsyat betul penangan sembelit. Pernah hampir sejam dalam bilik air nak membuang tapi tak dapat. Seksanya rasa. Bila dah cuba dengan ostematrix nie, alhamdulillah memang senang nak membuang. Hari-hari membuang takde masalah. Cuma kena sentiasa konsisten ambil setiap malam. Kalau sekali skip, maka sehari juga lah susah nak membuang.

Yang kedua saya ambil VIVIX. Ini antara ikhtiar saya juga untuk sembuhkan luka dalaman dan juga untuk prevent cyst. Cuma bila stok dah habis, payah pula nak keluarkan duit untuk beli yang lain. Doakan saya dapat menyimpan untuk membeli yang lain pula ye.

Oh, lagi satu saya juga ada ambil ZINC hadiah dari seorang sahabat ketika tempoh 'berpantang'. Amalkan zinc untuk sembuhkan luka dalaman dan juga luka pembedahan. Dan resultnya, parut saya cantik je. Tak timbul pun. Alhamdulillah.

Bermulalah episod cinta saya bersama shaklee!!.

Jadi kepada anda, silalah jaga pemakanan dan kesihatan diri. Nikmat sihat terlalu besar untuk disia-siakan.



Nota Kesyukuran




Dari mula kita celik mata sehinggalah kita nak tutup mata (beradu), terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Sampai kita sendiri tak sedar betapa banyaknya nikmat yang kita dapat.

Hari nie dah ucap syukur belum?

Alhamdulillah untuk nikmat sihat hari ini.
Alhamdulillah untuk rezeki yang masuk ke perut hari ini.
Alhamdulillah untuk nikmat masih hidup untuk hari ini.
Alhamdulillah untuk nikmat pancaindera yang kita dapat gunakan hari ini.

Jom sama-sama bersyukur. Alhamdulillah!!