Thursday 9 March 2017

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir nie kerap kali dengar sahabat-sahabat saya yang juga pesakit endometriosis.

Endometriosis atau lebih dikenalise sebagai endo adalah disebabkan oleh kitaran hormon yang tidak stabil. Oleh itu, penghidap endometriosis adalah digalakkan untuk mengawal serta menjaga pemakanan harian bagi mengelakkan endo berulang kembali.

Jadi APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PENGHIDAP ENDO?

SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Penghidap endo sangat digalakkan untuk mengambil sayuran dan juga buahan dalam kuantiti yang banyak untuk memberikan zat dan khasiat ke dalam tubuh.

MINUMAN TANPA KAFEIN

Pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh perlu dikurangkan. Ini kerana kafein boleh menghalang penyerapan Vitamin B serta akan meningkatkan paras hormon estrogen dalam badan seterusnya boleh menyebabkan endometriosis berulang semula.

MAKANAN TENUSU RENDAH LEMAK

Produk tenusu boleh meningkatkan paras estrogen. Oleh itu, penghidap disarankan untuk mengambil makanan tenusu yang rendah lemak. Ini kerana, produk tenusu mengandungi lemak tepu yang membantu meningkatkan kitaran estrogen seterusnya menyebabkan endometriosis berlaku.

ELAK MAKANAN YANG BERASASKAN SOYA

Soya merupakan salah satu makanan yang boleh mengaktifkan endo atau cyst. Penghidap perlu mengelakkan sebarang makanan yang berasaskan soya seperti tauhu, tempe, air soya dan sbg.

AMBIL MAKANAN ORGANIK ATAU PRODUK NON-GMO

Penghidap sangat digalakkan untuk mengambil makanan organik. Sumber makanan pada masa kini kurang selamat/sihat kerana telah disuntik dengan hormon dan dibaja dengan bahan kimia bagi mempercepatkan pertumbuhan dan pembesaran. Sebagai contoh, ayam yang disuntik, sayuran dan buahan yang baja dengan bahan kimia. Suntikan hormon dan juga penggunaan bahan kimia dalam makanan boleh menyebabkan toksik ke dalam badan dan memberik kesan kepada pesakit endometriosis

Oleh itu, apakah supplemen yang sesuai untuk penghidap endometriosis?

  •  b-complex - Membantu merendahkan paras estrogen
  • Vivix, Vitamin C dan Vitamin E - Bertindak sebagai antioksidan bagi menghalang radikal bebas serta boleh mengurangkan simptom endometriosis
  • GLA Complex - Membantu menyeimbangkan hormon-hormon


Semoga bermanfaat. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Cik Hayati di talian 017-6890244.

Sekian.
Coretan kasih sayang dari rakan supplemen anda :)



No comments:

Post a Comment