Thursday 16 March 2017

PERCAYA PADA DIRI


Assalamualaikum wbt.

Selalu mendengar kata pujangga 'kita tidak gagal saat kita gagal melakukan sesuatu, tetapi kita gagal saat kita tidak melakukan apa-apa'

Nampak tak perbezaan dua perkara di atas?

Jangan takut untuk menguasai sesuatu perkara yang baru. Percaya pada diri sendiri. Sentiasalah semat dalam diri kita mampu melakukannya.

Begitu juga dalam konsep berniaga. Jangan takut untuk memulakan perniagaan kerana takutkan kerugian. Mana-mana perniagaan memang ada pasang surutnya. Takkan lari dari untung dan rugi. Memang begitulah lumrah perniagaan.

Apa yang penting, Percaya pada diri sendiri!!. Semua halangan akan mudah ditempuhi jika kita benar-benar percaya pada diri sendiri.

Master saya selalu berpesan, setiap hari selepas bangun dari tidur sentiasa ucap perkataan yang positif agar getaran dan aura positif akan sampai pada kita. Dan InshaAllah sepanjang hari hanya akan ada aura positif sahaja.

Tapi jika kita mulakan hari dengan aura negatif, maka aura itu akan sampai juga pada kita. Walau serabut macammana keadaan kita pada hari tersebut, sentiasalah sebut perkataan positif supaya kita terhalang dari getaran negatif.


Salam positif dari saya,
Hayati 
(Your Trusted Health & Beauty Consultant)








No comments:

Post a Comment